[إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول: انطلق بنا ما يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال [أي أبو أمامة]: فقال رجل: يا رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال: ينسبه إلى أمه حواء، يا فلان ابن حواء" .
"Apabila aku mati nanti, perlakukan padaku seperti yang disuruh oleh Rasulullah untuk yang wafat Rasulullah telah memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila mati seseorang dari saudara kalian maka ratakanlah tanahnya dan berdirilah seorang dari kalian dibagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah, orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasakan/tidak tahu. maka hendaklah dikatakan : Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan ke dunia yaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hambaNya dan rasulNya dan engkau ridha Allah sebagai tuhanmu dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan al-quran itu petunjukmu, maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata mari bersama kami dengan i'tiqad yg telah ditalqinkan hujjahnya”
Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah!bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab “Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia yaitu Hawwa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawwa.”
Hadith yang mengharuskan talqin diatas telah disolehkan sanadnya (ulama hadith menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam Muhaddith dari kalangan ulama hadith yaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah Kitab Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 muksurat 243 :
وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه
“Sanad hadith ini adalah boleh digunakan dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkamnya”.
Mazhab Al-Hanafi
Berkata As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi dalam kitab beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 hal 125 menyatakan :
: "وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه في قبره".
“adapun hukum mentalqin mayat pada kuburnya adalah disyariatkan menurut Ahlussunnah Waljama'ah karena Allah ta’ala menghidupkannya di alam kuburnya”.
Mazhab Maliki
Imam Al-Qurtuby Al-Maliky pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu bab yang khusus mengenai amalan talqin dalam mazhab Maliki dalam kitab beliau berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh 138-139 :
باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده
Perihal yang berhubungan dengan mentalqin manusia setalah wafatnya adalah syahadah yang sangat jelas di lahadnya (yg wafat).
Mazhab Syafi’e Mengharuskan Dan Mengalakkan Amalan Talqin
Imam An-Nawawi As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Al-Majmuk pada jilid 5 - 303-304 :
قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه" ثم قال: "ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي"
Yang bermaksud : “ Telah menyatakan para ulama dari mazhab Syafi’i bahwa disunahkan talqin pada mayat ketika dikuburkankan”. beliau berkata: diantara beliau yang mensunnahkannya adalah Qodi Husain, Al Mutawally dan syaikh nashir Almaqdisi"
"وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به"
Imam Nawawi menyatakan : “ Telah ditanya kepada As-Syeikh Abu Amr Bin As-Solah mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita (mazhab Syafi’i) dan kami mengamalkannya”.
Imam Abu Qosim Ar-Rofi’e As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau Fathul ‘Aziz Bi syarh Al-Wajiz tertera juga pada bawah kitab Al-Majmu' Imam Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242 :
"ويستحب أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله بن أمة الله ..." إلى اخره .
Yang bermaksud : dianjurkan mentalqin mayit setelah dikubur dengan mengucapkan : Wahai hamba Allah bin hamba Allah…(bacaan talqin).
Mazhab Hambali
Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ 104.
Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Ma’rifatil Rojih Minal Khilaf pada jilid 2 - 548-549 menyatakan :
" يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب"
“ dianjurkan talqin kpd mayit setelah dikuburkan oleh mayoritas Ashab/golongan (madzhab Hanbali)
No comments:
Post a Comment